Kursus Online Global Workforce (GLOW)

16 Disember 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 14 hingga 15 Disember 2018 yang lalu, seramai 13 orang peserta telah memnyertai Program Global Online Workforce (GLOW) di Pusat Internet Repek, Pasir Mas, Kelantan. Program yang berlangsung selama dua hari ini adalah terdiri daripada staf-staf Pusat Internet. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memperkenalkan Program Global Online Workforce (GLOW) di mana ia adalah rentetan atau kesinambungan daripada program eRezeki yang berdasarkan konsep “Fast Track Tracking”, dengan tumpuan khusus diberikan kepada peserta untuk bekerja dari rumah.

Tiga (3) elemen penting yang diterapkan di dalam program ini iaitu; Peserta perlu membuka akaun Gmail khusus untuk platform GLOW ini, yang kedua pengenalan & pendaftaran peserta ke dalam system PayPal dan ketiga platform carian kerja iaitu “freelancer”. Program ini bertujuan untuk membuka peluang menjana pendapatan sampingan kepada semua staf Pusat Internet mengikut skil yang mereka ada dan membolehkan mereka meraih peluang pendapatan menerusi kaedah atas talian, sekaligus dapat menerapkan dan menyampaikan ilmu ini kepada komuniti sekitar.

Melalui GLOW, peserta akan diberi tunjuk ajar oleh jurulatih untuk memilih skil atau kelayakan yang mereka ada dan dipadankan dengan kerja yang bersesuaian dengan mereka. Tetapi mereka harus membida pekerjaan yang dipilih dengan peserta lain dan juga boleh memperoleh pendapatan daripada pertandingan yang diselitkan di dalam paltfom “freelancer”. Dengan menyertai program ini, peserta boleh menjana pendapatan sampingan ataupun pendapatan tetap jika mereka sangat komited dengan program ini.



Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas